“Anak Ramai Tapi Beli Burger 3 Biji..” Peniaga Tak Sampai Hati Tengok Anak Pelanggan Tahan Laparr,

Berniaga sambil bersedekah.

Konsep ini lazim diamalkan oleh kebanyakan usahawan ataupun peniaga yang sudah mempunyai nama yang besar sebagai satu usaha mereka berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Bagi peniaga burger, Mohamed Asiff Mohamed Amiz, sungguhpun mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan namun dia tetap terpanggil untuk sama-sama berkongsi rezeki mengikut cara tersendiri.

“Sebenarnya sudah lima tahun saya buat inisiatif ini. Mula-mula dalam circle kecil saja di kawasan kejiranan tempat saya berniaga. Hanya dua tahun lepas baru saya mula letak notis.

“Tercetus idea untuk bersedekah ini adalah daripada kisah pelanggan juga. Sebagai peniaga, kita boleh ‘baca’ customer tu macam mana.

“Lagi pula customer pun orang dekat-dekat sini, ada antaranya kita kenal dan tahu latar belakangnya. Contohnya dia ada anak ramai, tapi beli burger tiga biji saja.

“Kadang ada anak-anak pelanggan terlepas cakap nak order sekian-sekian tapi bapanya mungkin tak cukup wang dan tak boleh beli kuantiti banyak. Saya akan cuba beri burger lebih daripada yang dipesan,” kata lelaki berusia 34 tahun ini.

Gerai Mohamed Asiff terletak di Taman MGBM, Bachang, Melaka.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata ini, kebiasaannya dia berdepan dengan situasi sedemikian menjelang pertengahan dan juga hujung bulan.

“Saya sedar kebanyakan orang kita segan meminta… tapi kita faham $ituasinya. Sebab itu juga tujuan letak notis ini.

“Ia untuk orang-orang sekeliling yang betul-betul dalam kesusahan. Hanya saya dan orang yang menerima sahaja yang tahu.

“Saya tak keseorangan… pelanggan-pelanggan tetap tahu dengan inisiatif ni selalu tinggalkan duit balance lepas bayar. Dengan duit balance itulah saya gunakan untuk tampung belanja projek ni.

Asip Burger Bachang terletak di Taman MGBM, Bachang, Melaka menjual pelbagai jenis burger dalam lingkungan harga RM3 hingga RM5.50.

Buat masa ini, gerai burger Mohamed Asiff yang turut menjual oblong, roti john, bebola daging serta minuman dibantu oleh adik lelakinya, Mohamed Ariff, 30.

Burger dan makanan di gerai Mohamed Asiff dijual pada harga yang berpatutan.

Sama sekali tidak menyangka perniagaan burgernya tul4r di media s0sial, Mohamed Asiff melahirkan penghargaan kepada netizen yang memuji inisiatif kecil yang diusahakannya.

“Saya tak post tapi ada pelanggan yang nampak notis ni dan muat naik. Tiba-tiba sudah viral. Sejujurnya saya risau dengan benda viral ini sebab saya mulakan untuk circle yang kecil.

“Ada juga yang terinspirasi dan nak lakukan perkara sama dalam bisnesnya. Alhamdulillah, sama-sama kita kongsi rezeki. Bagi saya, tak perlu berkira. Bila tak berkira, rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk insyaAllah,” ujarnya lagi.

 

Sumber: Asip Burger & Mstar

Be the first to comment on "“Anak Ramai Tapi Beli Burger 3 Biji..” Peniaga Tak Sampai Hati Tengok Anak Pelanggan Tahan Laparr,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*