“Rindunya Tiada Terkata..” Neelofa Gagal Tahan ‘$ebak’ Saat Tatap Helaian Rambut Baginda Rasulullah

Terkini, sedang berlangsungnya Pameran Khas Artifak Rasullulah SAW di Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor 2022. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, pengunjung juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi.

Artifak yang dipamerkan adalah tulen dan dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

$ebak. Rindu Baginda Muhammad SAW walau tak pernah bertemu mata.

Selain orang ramai, pelakon dan pengacara hebat Neelofa juga turut tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program ini. Menerusi satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, Neelofa dilihat beberapa kali mengesat air mata sepanjang berada di pameran tersebut.

Neelofa tidak dapat meng4wal air mata saat berpeluang menatap  helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW.

Menurut selebriti berusia 33 tahun itu, dia dapat merasai seolah-olah Nabi Muhammad SAW berada dekat dengan dirinya selepas melihat helaian rambut yang dipamerkan.

“Saat melihat helaian rambut Rasulullah SAW, Allah bagi rasa seolah Nabi SAW ada dekat… wahai Allah…

“…teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah SAW,” tulis bekas pengacara program MeleTOP itu.

Video:

Meninjau di ruangan komen, ramai memuji kebesaran Allah SWT selain menyifatkan Neelofa bertuah kerana dapat melihat artifak peninggalan Rasulullah SAW dan sahabat baginda.

FIJO 2022 berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru dari 29 September sehingga 2 Oktober ini.

 

Sumber: TikTok Neelofa

Be the first to comment on "“Rindunya Tiada Terkata..” Neelofa Gagal Tahan ‘$ebak’ Saat Tatap Helaian Rambut Baginda Rasulullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*