5 Tahun Menduda, Hafiz Hamidun Akui Sedang Bercinta Dengan Gadis Dari Indonesia

Selepas lima tahun bergelar duda, penyanyi dan kompeser Hafiz Hamidun mengakui dia kini sedang mengenali seseorang, namun enggan mend3dahkan identiti wanita itu.

Memetik mStar Online, Hafiz bagaimanapun memberi bayangan wanita itu berasal dari negara seberang, Indonesia.

“Status sekarang sedang berteman. Mungkin jodoh saya bukan di sini, tetapi di luar negara,” katanya.

Penyanyi berusia 38 tahun itu berkata ramai yang cuba mendekatinya namun dia memilih untuk lebih berhati-hati untuk mendekati mana-mana wanita selepas berdepan kegag4lan rumah tangga sebelum ini.

“Ramai yang tawar diri nak jadi kekasih melalui direct message (DM) di Instagram. Tapi kalau tak kenal, tak mungkin saya akan terima begitu saja.

“Untuk memilih pa$angan, perlulah kenal hati budi seseorang itu dengan lebih dekat. Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasaraya,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia sudah sedia untuk kembali mendirikan rumah tangga namun dia menyerahkan kepada Allah mengenai soal jodohnya.

“Saya sendiri sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun jika ada jodoh maka ia pasti akan terjad4. Sekarang biarlah sekadar berkawan dahulu,” katanya.

Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun hanya bertahan lima bulan selepas Hafiz meragu1 status cera1 bekas isteri dengan suami terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "5 Tahun Menduda, Hafiz Hamidun Akui Sedang Bercinta Dengan Gadis Dari Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*