“Muka Mama Sangat!”- Genap Usia 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak

HAMPIR enam bulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar akhirnya mended4hkan wajah anak lelaki mereka di media s0sial.

Wan Emir memuat naik gambar keluarganya yang sedondon memakai pakaian tradisional berwarna hijau dan memperlihatkan wajah Wan Khair Amir yang tersenyum comel.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa dan mama serta semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak yang soleh dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

“Papa dan mama sayang anak papa mama Wan Khair Amir hingga ke akhir waktu,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet memuji akan kecomelan wajah anak pelakon berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa wajah Wan Khair Amir seiras wajah ibunya.

Mira Filzah selamat lahirkan Wan Khair Amir 10 Mei lalu.

“Wah comelnya, iras muka mama la.

“Manisnya muka, banyak ikut Mira ni. Senyum pun sama.

“Amir cemboy la, geram dengan pipi dia,” kata netizen.

Untuk rekod, Mira, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Muka Mama Sangat!”- Genap Usia 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*