Umum masyarakat Malaysia mengenali figura penceramah beba$ yang sempoi Ustaz Azhar Idrus, 58. Auranya dalam menyampaikan dakwah begitu dikenali dengan penyampaian ceramah yang lucu dan bersahaja.
Terbaharu, menerusi hantaran jururawat menerusi Tiktok dari akaun bernama ayu6461, video tersebut memaparkan momen indah ustaz pujaan ramai itu sedang menatap wajah cahaya matanya lelaki yang baru dilahirkan. Difahamkan, bayi tersebut merupakan cahaya mata ke-12 UAI.
“Alhamdulillah.. thank you misi blanja gambar baby ustaz..”
Video berdurasi satu minit lebih itu menunjukkan detik bahagia UAI ketika melawat isterinya yang baru bersalin sambil berbual dengan isteri dan jururawat yang menyambut kelahiran bayinya.
Ustaz ni mana-mana pergi pun, still lawak tak tinggal. Tahniahhh ustaz dapat baby lagi.
Momen indah tersebut telah mendapat 700 ribu tontonan dan meraih banyak tanda suka bersama komen yang mendoakan anak pendakwah tersebut. Tidak kurang juga ada yang turut terhibur dengan jenaka UAI sehingga ada yang menyifatkan beliau sentiasa lucu di mana-mana sahaja.
Untungnye baby tu.
Tidak kurang juga, ada yang turut menyifatkan bayi tersebut sangat beruntung kerana lahir sebagai anak orang yang beragama.
Alhamduillah. Semoga anak itu diterangkan hatinya dan menjadi soleh seperti ayahnya. Amin..
Alhamdulilah. Bakal pendakwah lagi.
Video:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : ayu6461
Be the first to comment on "“Senyuman Tak Lekang Dari Wajah…” Alhamdulillah, UAI Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12"