“Allah Kelilingi Saya Dengan Orang-Orang Baik” Mizz Nina

Setiap manusia yang hadir dalam hidup ini bersebab. Tiada yang sia-sia atau tanpa makna.

Allah datangkan mereka sama ada untuk menguj1 kita, mengubah kita atau memberi per1ngatan kepada kita. Inilah yang disyukuri oleh selebriti Mizz Nina dalam pertemuan terbaharunya dengan pend4kwah beba$ serta pak4r m0tivasi Muslimah dari Amerika Syarikat, Ustazah Yasmin Mogahed.

Figura hebat yang juga penulis buku Healing the Emptiness itu tiba ke Malaysia untuk sesi ceramah eksklusif di Kuala Lumpur.

Ustazah Yasmin mengangkat topik mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental dan r0haniah dengan Tuhan, disamping kaedah menyembuhkan diri daripada kedukaan dan ketakutan.

Menurut Mizz Nina, 42 tahun, beliau terinspirasi dengan penyampaian d4kwah Ustazah Yasmin dalam mendidik umat Islam di seluruh dunia.

Peluang bertemu Ustazah Yasmin dalam siri ceramah tiga hari itu banyak membantu Mizz Nina serta peserta ceramah memahami apakah maksud ujian dan bagaimana menghadapinya dengan penuh kesabaran.

“Alhamdulillah Allah telah kelilingi saya dengan orang-orang yang baik, mereka yang saya sanjungi untuk membimbing dan memberi ilham.

Yasmin, anda telah membantu berjuta-juta orang, melalui ceramah dan buku anda. Saya adalah salah seorang daripada mereka dan saya berdoa agar Allah sentiasa memelihara anda dan keluarga anda, memberkati anda dengan lebih barakah dan mendekatkan lagi anda dengan-Nya.” Mizz Nina

Tulisnya lagi, beliau amat terpesona dan teruja bertemu guru agama itu sehingga terlupa meminta autograf untuk buku tulisannya.

“Saya sangat teruja dengan perbualan kami sehingga terlupa untuk meminta tandatangan anda. Tak mengapa, mungkin di perjumpaan akan datang.” Mizz Nina

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Dalam perkembangan terkini, Mizz Nina kelihatan tenang melalui det1k svkar apabila berp1sah dengan bekas suami, Noh Hujan selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka berdua mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.

“Untuk terus berada di landasan Allah, saya cuba mencari bahan untuk menyumbang kepada agama. Dalam bidang seni suara pula, penyampaian itu adalah daripada perkara yang baik-baik kerana saya mahu berkongsi bersama peminat terutamanya apa yang sedang berlakv dalam hidup saya kini.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : IG Mizz Nina

Be the first to comment on "“Allah Kelilingi Saya Dengan Orang-Orang Baik” Mizz Nina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*