“Bila Anak Bujang Ajak Dating, Macam Kakak Dengan Adik” – Ozlynn

Sebut saja nama pasangan selebriti Johan dan Ozlynn, sememangnya ramai yang mengagumi cara mereka mendidik dan membesarkan anak-anak.

Baru-baru ini, Ozlynn dilihat ada memuat naik gambar bersama anak bujangnya serta berkongskan kisah kebahagiaan bersama suami serta anak-anak dan nikmat ditakdirkan kahwin di usia muda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Bila anak bujang ajak dating.. tak berjanji pun nak pakai style sama or kaler sama.. tau2 je bila jumpa kat bawah.. aikkk? Sama arr.. so lets ootd.. haihh orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang u.. habis tu,” tulisnya.

Menurut Ozlynn, dia berkahwin atas kehendak kedua orang tuanya, bagaimanapun dia mengakui banyak nikmat jika berkahwin di usia muda lebih-lebih lagi jika dikuniakan suami yang memahami dan mempunyai ilmu agama.

“Tu la untung kahwin muda.. kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kahwin.. kalau tak mau sekarang ni aku hohaaaa tah ke mane.. orang selalu tanya.. best ke kawin muda?? 

“Aku akan jawap, hilang la zaman muda nak berhuhaaa dengan rakan sebaya.. TAPI! Haaa ada tapi dia.. kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya.. insyaAllah segalanya mudah..”

“Maksud aku mudah bukan bererti tak ada ujian..tidak.. pasti akan ada pasang surutnya.. yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni.. dia tahu jalankan tanggungjawap dia.. paling hebat bila KESABARAN nya diuji,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ozlynn berkata apa yang paling menyeronokkan apabila usianya sudah mencecah 40 tahun, anaknya sudah meningkat remaja dan pasti akan dilihat seperti kakak dan adik.

“Ok bukan tu saja.. yang paling best.. bila kita belum masuk angka 4.. anak pun dah remaja so bila berjalan dengan anak kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik.

“Tapi ada gak yang tak best.. bila kau rasa dah cukup.. sebab anak-anak dah besar.. kau pun dh boleh cuti-cuti dan ber”me time” en somi pulak order nak baby lagi.

“Eh dia ingat aku kilang baby ke apa?! haaa dah kena main kejar2 balik.. tup2 6 orang dah.. lepas ni kalau dia order lagi.. memang aku luku pale laki aku,” tulisnya.

Diakhir perkongsian, Ozlynn turut menitipkan doa buat mereka yang masih belum bertemu jodoh serta yang belum dikurniakan cahaya mata agar diberi rezeki untuk merasai kehamilan, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "“Bila Anak Bujang Ajak Dating, Macam Kakak Dengan Adik” – Ozlynn"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*