Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Rebecca Nur Al-islam Hamil Anak Ke-6 . Minta Peminat Doakan Beliau

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata keenam.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berusia 36 tahun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menerusi hantaran itu, Rebecca memuat naik gambarnya menampakkan ‘baby bump’ beserta kapsyen ringkas mengiringi foto tersebut.

“Assalammualaikum from MummyBecca & Baby BamBam.

“Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik. InsyaAllah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ❤️AllahSwt❤️Still Study👩🏻‍🎓+ BusinessWoman (@rebeccanuralislamahmad)

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan Rebecca yang teruja dengan berita kehamilannya.

Pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor ini berkahwin dengan peguam, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Hasil perkahwinan, Rebecca mempunyai empat cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmad Al-Reaggan, 4, selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel, 14, dan Nor Aurora Riana, 4 tahun.

Selain itu, Rabecca turut mempunyai seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.

 

Sumber: IGrebeccanuralislamahmad

Be the first to comment on "Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Rebecca Nur Al-islam Hamil Anak Ke-6 . Minta Peminat Doakan Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*