Elly Mazlein Secara Rasmi Jadi Penyampai Radio Era

Selepas bergelar hos Gegar Vaganza musim ke-9, rezeki pelakon dan pengacara Elly Mazlein melimpah ruah apabila bergelar penyampai di radio Era FM bermula minggu hadapan.

Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi di Era FM semalam, mengucapkan selamat datang buat Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina.

“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys. Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh,” tulis perkongsian itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Kak Lina serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan buat pengacara itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka akan mendengar radio Era selepas ini disebabkan Kak Lina dan pasti akan terhibur mendengar celotehnya ketika memandu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Elly Mazlein Secara Rasmi Jadi Penyampai Radio Era"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*