Mashaallah, Merdunya Suara Farha Mengaji! Kedengaran Di Segenap Ruang Masjid Nabawi.

MashaAllah, tersentuh dengar alunan ayat-ayat suci daripada Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut ketika mengaji di Masjid Nabawi baru-baru ini.

Daripada perkongsian video yang dimuat naik di Instagram milik Qariah itu, jelas kedengaran suara merdunya di segenap sudut masjid yang menjadi tempat kedua suci umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah berkenaan.

“Salam Bulan Mulia, Ramadan Al Mubarak. Semoga Allah berkati Ramadan kita tahun ini, ya Allah berikan kami kesihatan tubuh badan dan dihindarkan sebarang peny4kit. Mudahkan segala urusan kami ya Allah.”

Difahamkan Farha berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama adik-beradik dan ibu tersayang pada 20 Mac lalu. Apa yang pasti, impian yang pernah d1suarakan Farha kepada Nona tahun lalu untuk menjejakkan kaki ke Mekah akhirnya dimakbulkan. Meskipun sudah tertangguh sejak pandemik C0v1d-19.

Ujar Farha kepada Nona, “Cerita tentang impian ini, macam-macam yang saya fikir. Saya teringin sangat nak pergi umrah yang tertangguh. Sepatutnya awal 2020 pergi umrah tapi sebab pandemik C0v1d-19 tak dapat pergi sana. Impian yang lain juga, Farha teringin jadi usahawan yang aktif dan membantu orang di luar sana.

Selain itu, impian yang ingin dicapai ialah saya sebenarnya suka jalan-jalan dan pergi melancong. Pada saya di samping melancong, saya juga nak berkongsi keindahan Al-Quran dan alunannya serta berd4kwah di luar negara. Pendek kata, saya mahu jadi wanita hebat dunia akhirat.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)

Meniti usia 22 tahun, anak kepada allahy4rham Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini juga difahamkan sedang menyambung pengajian di universiti. Dalam masa sama, Farha juga diberi kepercayaan menjadi hos dalam program Geng Ngaji.

Berkongsi rutin mengaji yang menjadi amalannya, d3dah Tokoh Belia Negara 2019 ini, “Sebenarnya saya tak letak syarat berapa lama dan berapa jam. Cuma saya akan mengaji selepas solat fardu at least 1 page.

Bercerita tentang surah kegemaran pula, saya suka surah Al Mulk yang dituntut baca sebelum tidur dan kelebihan surah akan jadi penyelamat di alam kvbur nanti. Selain akan meringankan seksa kvbur. Pembaca surah ini juga akan dipancarkan cahaya. InshaAllah.”

Tambahnya lagi, “Nak kuasai Al-Quran banyakkan mendengar dan cuba mencari guru. Sebab ilmu tak akan datang kalau kita tak cari. Cari guru Al-Quran dan inshaAllah, Allah akan permudahkan kita untuk belajar Al-Quran. Sebenarnya memang sangat dituntut untuk kita bertalaqi. Maksud talaqi ini ialah berhadapan dengan guru.

Belajar Al-Quran tak boleh satu hala perlu dua hala dan berhadapan dengan guru. Jadi guru tu akan tahu dan tegur mana salah kita dalam pembacaan Al-Quran. Saya tau bukan mudah nak kuasai, ia perlukan usaha tapi kalau ada keinginan tinggi, Allah akan permudahkan urusan kita.

Di sini juga saya ingin berpesan dan ajak anak muda di luar sana tak kira siapa kita, cuba jadikan Al-Quran sahabat kita di dunia sebab bila kita jadikan Al-Quran sahabat di dunia, ia akan jadikan kita sahabat di akhirat nanti dan semoga dengan berkat kita sentiasa bersama Al-Quran ini akan bantu kita di alam kvbur nanti.”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Nona

Be the first to comment on "Mashaallah, Merdunya Suara Farha Mengaji! Kedengaran Di Segenap Ruang Masjid Nabawi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*