“Saya Tak Nak Cakap Lebih, Takut Lvkakan Hati Ramai Pihak” – Shuib

Sebelum ini, pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia tidak mungkin kembali menyertai program Sepahtu Reunion serta mengatakan hanya pihak produksi yang lebih tahu sebabnya.

Kemudian, beberapa hari lalu, menerusi satu ber1ta pelawak Rahim berkata pihaknya terbuka jika Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama di masa akan datang.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Shuib berkata dia enggan mengulas lanjut mengena1 1su tersebut kerana b1mbang akan menggur1s hati banyak pihak.

“Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion. Rasanya untuk 1su ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.

“Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takvt nanti melvkakan hati ramai pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata pihaknya pernah memujuk Shuib untuk kembali serta menyifatkan ketiadaan pelawak itu adalah satu keh1langan besar.

“Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghorm4ti keputusan itu. 

“Kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu. Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu,” katanya.

Terdahulu, Rahim berkata tidak timbul 1su bermasam muka biarpun Shuib tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Harian metro

Be the first to comment on "“Saya Tak Nak Cakap Lebih, Takut Lvkakan Hati Ramai Pihak” – Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*