“Tak Minum Minuman Berais, Amal Senaman Pijak Rumput Sejak 10 Tahun Lalu..” Nash Kongsi Petua Kekal Sihat

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 baru-baru ini, penyanyi Datuk Nash Lefthanded meluahkan rasa syukur diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja.

Memetik Harian Metro, Nash turut berkongsikan tips kekal sihat termasuk tidak mengambil minuman berais dan melakukan senaman pijak rumput sejak lebih 10 tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nashrudin (@nashelias)

“Apabila mendapat ucapan bertalu-talu menerusi mesej media s0sial dan telefon, saya rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah saya masih berten4ga dan sihat hingga kini terutama sebagai penyanyi.

“Untuk penyanyi lagu bernada tinggi seperti saya, tenaga itu sangat penting. Saya ingin kongsi tips di mana sebaik selesai solat Subuh, pergi berjalan dengan berkaki ayam di atas rumput untuk menyerap ten4ga.

“Selain itu, pengambilan ais juga sangat tidak baik untuk sesiapa pun. T1pulah saya tak ambil tapi bila ada masa yang saya mengidam sangat saja. Saya amalkan ini sudah lebih 10 tahun,” katanya.

Berkongsikan mengenai perkembangan terbarunya, Nash memberitahu dia dilantik sebagai juri tetap program Getaran Jiwa terbitan TV Sarawak (TVS). 

Menurut penyanyi itu lagi, dia turut terharu kerana diberikan kepercayaan ramai pihak serta bakal membintangi pementasan teater berjudul Puteri Sadong di Sarawak tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nashrudin (@nashelias)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nashrudin (@nashelias)

“Meriah pula tawaran saya dapat dari Sarawak dan sangat berbesar hati kerana mereka memilih saya. Saya harap saya akan dapat buat yang terbaik untuk setiap tawaran itu.

“Kali terakhir saya terbabit teater lebih 10 tahun lalu. Kali ini, saya cabar diri menerima tawaran itu kerana ceritanya sangat menarik,” katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nashrudin (@nashelias)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Tak Minum Minuman Berais, Amal Senaman Pijak Rumput Sejak 10 Tahun Lalu..” Nash Kongsi Petua Kekal Sihat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*