“Saya Tak Berani Letak Harga Tu” – Nabil Nafi Dibayar Gaji RM40K Jadi Pengacara

Baru-baru ini tular video dikongsikan pengguna TikTok dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, mend4kwan Nabil Ahmad merupakan pengacara yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia.

Melalui satu video yang dimuat naik di platf0rm TikTok itu, ia memaparkan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal dan difahamkan, Nabil yang merupakan pengacara Geg4r Vaganza selama sembilan musim dibayar sebanyak RM40,000.

Bagaimanapun, Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad menafikan bahawa dirinya merupakan pengacara yang menerima bayaran tertinggi di industri ketika ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita_viral22 (@berita_viral22)

Dalam pada itu, Nabil berkata dia hanya akan meletakkan harga yang sederhana dan apa yang yang lebih bernilai untuknya jika mendapat maklum balas positif mengenai cara pengacaraannya.

“Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. 

“Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum bala$ mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” katanya.

Difahamkan, dalam video tersebut turut dikongsikan bayaran diterima pengacara lain antaranya Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).

 

SUMBER : Harian Metro

 

Be the first to comment on "“Saya Tak Berani Letak Harga Tu” – Nabil Nafi Dibayar Gaji RM40K Jadi Pengacara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*