10 Tahun Teman Tidur, Wanita Buang Teddy Kesayangan – “Suami Tak Nak Orang Ketiga”

Tidak kira kanak-kanak atau dewasa, segelintir individu mengakui sukar untuk lena sekiranya tiada ‘bantal busuk’ menemani di sisi mereka.

Meskipun sudah berumah tangga, golongan tersebut masih berkepit dengan ‘harta’ kesayangan sehingga pasangan mereka terpaksa bersuara.

Situasi seperti itu terjadi kepada seorang doktor gigi, Nur Ain Hanini apabila suaminya meminta dia membuang patung teddy bear yang menjadi peneman sejak 10 tahun lalu.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, wanita berusia 25 tahun itu seperti berselor0h mengatakan suaminya tidak memerlukan ‘orang ketiga’ yang merujuk kepada patung tersebut.

“POV: kau sudah berkahwin dan suami tak nak orang ketiga. Bye bye teddy bear yang teman I tidur selama 10 tahun.

“Masa untuk melepaskan awak. Saya telah mempunyai suami,” tulisnya dalam rakaman berdurasi 22 saat itu.

Video berkenaan memaparkan Ain Hanini meletakkan patung berwarna merah jambu itu berdekatan tong sampai di depan rumahnya untuk diambil oleh pengutip sampah.

Selain d1suruh suami, dia juga menjelaskan bahawa patung itu sudah berhabuk selepas beberapa bulan ditinggalkan di rumah lama serta tidak sanggup memberikan kepada orang lain.

“Just to clarify, buang bukan sebab husband suruh je. Tapi sebab bebear tu berhabuk sangat ditinggalkan few months rumah sewa lama. Dan dah 10 tahun pelvk c1um.

“So, rasa gel1 dan ke$ian nak bagi kat orang even dah basuh pun. Nak bagi kat anak sendiri pun tak sanggup. Huhu and i’m grown up lady. Dah sampai masa huuu,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita_viral22 (@berita_viral22)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa ka$ihan melihat teddy bear berkenaan ditinggalkan tuannya selain mempersoalkan hvkum menyimpan patung di rumah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: TikTok @ain_haniey

Be the first to comment on "10 Tahun Teman Tidur, Wanita Buang Teddy Kesayangan – “Suami Tak Nak Orang Ketiga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*