Berketurunan Itali, Melayu, Pakistan & Sabahan, Vie Shanti Perkenal Pewaris Tunggalnya

Baru-baru ini, perkongsian bekas isteri pelakon, Datuk Sri Eizlan Yusof iaitu Datin Vie Shantie Khan ada memuat naik satu entri memperkenalkan anak lelaki tunggalnya.

Menerusi perkongsian itu, Vie berkongsikan mengenai anaknya, Zareef Yusof berusia 12 tahun, berketurunan Itali, Melayu, Pakistan dan Sabahan. 

“Bersama pewaris tunggal (kalau mumy tak mengandung lagi la) keturunan Itali, Melayu, Pakistan dan Sabahan. Perkenalkan anak kedua dan satu-satunya anak lelaki saya, Zareef Yusof my manja boy. Budak Italian Pakistan yang paling loving ni,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan)

Perkongsian Vie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji ketampanan anak lelakinya itu yang mirip seperti bapanya, Eizlan Yusof.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan Zareef menjadi anak yang soleh dan taat per1ntah Allah serta berjasa pada kedua ibu bapa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan)

Meskipun sudah mempunyai haluan masing-masing bagaimanapun Eizlan Yusof masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Vie Shantie.

Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Vie Santie pada Julai 2007 namun bercera1 pada 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Berketurunan Itali, Melayu, Pakistan & Sabahan, Vie Shanti Perkenal Pewaris Tunggalnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*