“Bila Awak Sambut Anak Kita, Subhanallah,” – Elfira Titip Ucapan Syahdu Ketika ‘Berjvang’ Melahirkan Puterinya

Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy ada berkongsikan video momen indah suaminya, Farish Khairol Anuar yang menyambut sendiri kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Video itu dikongsikan Elfira bersempena dengan sambutan Hari Bapa serta menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana menjadi ayah terbaik untuk anak mereka.

Video dan dedikasi indah itu dilayangkan Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini.

Di dalam ucapan tersebut, Elfira berterima kasih buat suami kerana menjadi ketua keluarga terbaik di samping dua permata hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @elfiraloy

“To my beloved husband, Ayah to my child

Happy Father’s day @fariskanuar, thank you for making effort to be a great Ayah to our beloved son Muhamad Rayyan Khalaf & daughter Nur Aria Mikayla.

“We love you so much no matter how annoying you are. You are still amazing.

“My best moment of you : when you assisting with the birth, sambut anak kita. SubhanAllah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instgaram.

Menerima lebih 55,000 tanda suka, suaminya turut membalas penghargaan yang dibuat isteri tersayang.

Malah, rata-rata peminat turut mendoakan yang baik-baik selain ada yang kagum kerana menyifatkan Elfira tenang sewaktu proses bersalin berjalan.

“Mahal lah momen macam ni,” tulis peminat.

“Fuhh… powerlah tak dengar El menjerit pun,” komen peminat lain.

“MasyaAllah El, cool giler awak teran,” antara reaksi peminat.

“Macam mana El cool macam tu? Teringin nak tahu,” peminat teruja.

“Punyalah senang dia beranak,” ini antara reaksi yang ditinggalkan.

Untuk rekod, Elfira dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 memiliki sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf,2, dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Elfira

Be the first to comment on "“Bila Awak Sambut Anak Kita, Subhanallah,” – Elfira Titip Ucapan Syahdu Ketika ‘Berjvang’ Melahirkan Puterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*