“Putihkan Ketiak Setiap Minggu..” Diberi 2k Seminggu Untuk Kecantikan, Wanita Bersyukur Kekasih Jadi Suami

Seorang pengguna TikTok, Nisahany meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya tampil dalam keadaan lebih cantik dan meyakinkan ketika majlis perkahwinannya.

Katanya, menjadi sebuah kebahagiaan apabila dia selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang banyak membantu serta membelanjakan wang RM2,000 seminggu untuknya bagi membeli keperluan kecantikan diri.

“Akhirnya, lelaki yang sanggup keluarkan wang untuk raw4tan kecantikan Nisa RM2,000 seminggu, jadi suami Nisa. Alhamdulillah 10 September Nisa jadi isteri dia,” katanya dalam hantaran video baru-baru ini.

Menerusi beberapa video dimuat naik Nisa, memaparkan koleksi foto dirinya yang sebelum ini kelihatan sedikit berisi dan berkulit kusam akhirnya berjaya mentranformasikan dirinya kepada lebih kurus serta wajahnya semakin cerah dan berseri.

Sementara itu, Nisa turut menepi$ d4kwaan segelintir individu yang mengatakan kononnya dia semakin cantik disebabkan memakai produk tertentu.

Sehubungan itu, Nisa mengatakan bukan mudah untuk dirinya tampil sebegini dan pelbagai jenis rawatan dilakukan sebelum ini.

“Awak ingat RM2,000 itu penjagaan kul1t muka sahaja? Suplemen kul1t dan badan setiap minggu habiskan lebih RM300, putih ketiak di spa setiap minggu RM1,800.

“‘Scrub dan mask badan, kaki, tangan, penjagaan rambut, syampu dan barangan mandi dan macam-macam lagi kalau nak tulis,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji perubahan dialami Nisa serta menyifatkan dia sangat bertuah kerana memiliki lelaki yang sanggup mengeluarkan wang untuk mencantikkan pasangannya.

“Macam ini baru betul, nak pasangan cantik, sediakan wang perbelanjaan secukupnya, ini tidak, komen pandai, tapi kedekut,” ujar seorang pengguna.

 

Sumber: nisahany_

Be the first to comment on "“Putihkan Ketiak Setiap Minggu..” Diberi 2k Seminggu Untuk Kecantikan, Wanita Bersyukur Kekasih Jadi Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*