“Aura Siti Nurhaliza, Nyanyi Lagu Susu Pun Sedap!”-[VIDEO] Ramai Teruja Lihat Tok Ti Di Pentas GV9

Konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) berlangsung dengan meriah malam tadi dengan persembahan memukau daripada para peserta bersama penyanyi jemputan masing-masing.

Jaclyn Victor berjaya meraih markah tertinggi dalam konsert minggu ini, hasil persembahan duet bersama penyanyi hebat tanah air, Aina Abdul.

Siti Kini Duta Farm Fresh

Selain para peserta, kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas GV9 juga menarik perhatian para penonton malam tadi.

VIDEO:

Meninjau reaksi netizen di Twitter, rata-rata memuji nyanyian Siti yang merdu ketika menyanyikan lagu tema susu Farm Fresh, sebelum diumumkan secara rasmi menjadi duta produk berkenaan.

“Kita lock ni dik, malam ni performance Tokti terpaling nombor satu.

“Nyanyi jingle pun sedap Siti Nurhaliza ni.

“Aura Siti Nurhaliza ni…nyanyi lagu susu pun sedap.

“Itu bezanya nyanyian dan tarian sopan Siti Nurhaliza, dia pakai imej bertudung tapi tarian sopan,” antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Murai My

Be the first to comment on "“Aura Siti Nurhaliza, Nyanyi Lagu Susu Pun Sedap!”-[VIDEO] Ramai Teruja Lihat Tok Ti Di Pentas GV9"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*