Pelakon wanita terkenal, Intan Ladyana sejak berumah tangga dan mempunyai cahaya mata jarang terlihat di kaca televisyen.
Bercuti dengan keluarga
Namun begitu, dia dan suami, Hariss Alif tetap aktif di media sosial dan berkongsi keseharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Terbaru, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Perkahwinan antara Intan dan juga Alif terlebih dahulu menjadi bukti bahawa cinta itu tidak mengenal usia, jarak 17 tahun bukanlah penghalang untuk bahagia.
Terbaharu, dalam hantaran di laman Instagram Harris, dia memuat naik sebuah gambar yang menampilkan dirinya dan juga isteri bersama anak sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal layar. Apa yang menarik perhatian adalah penampilan Intan yang berhijab.
Manis berhijab
Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab bersama suami dan anak di atas kapal persiaran.
Cantiknya Intan bertudung
Perkongsian yang dibuat oleh Hariss telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan.
Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus mengenakan hijab dan berharap agar dia istiqamah dengan penampilan tersebut.
Penampilan Intan yang cantik menggayakan tudung dan blaus rona kelabu dan berseluar hitam ternyata menarik perhatian dan ramai yang memuji gayanya berhijab.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan daripada Intan mengenai penampilan terbarunya itu. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.
Sumber: Iinstagram harrisalif
Be the first to comment on "Manis Berhijab, Penampilan Intan Ladyana Ketika Bercuti Atas Kapal Persiaran Raih Perhatian"