“Macam Muka Anak Orang Arab..”- Kecomelan Aisywara Nealofa raih perhatian netizen

Sebelum menceburi bidang MUA atau make up artist, wanita ini hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Pun begitu, dia telah berjaya menubuhkan perniagaannya sendiri iaitu Bellaz Beauty Sdn Bhd.

Siapa yang tidak kenal dengan juru solek Mua Bellaz yang terkenal di platform media sosial ini? Nur Nabila Binti Zulyadaini atau lebih mesra dipanggil Bella ini mempunyai bakat solekan yang luar biasa malah telah menjadi rebutan artis dan model dalam dunia make up.

Bukan itu sahaja, kepetahannya dalam tutorial make up juga menjadi tumpuan netizen sehingga mempunyai 1 juta pengikut di laman Instagram dalam masa 3 tahun.

Bulan Julai lalu, Bella telah selamat melahirkan seorang anak perempuan dan dia berkongsikan wajah anaknya di laman Instagram yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa.

Majlis akikah

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bellaz di laman Instagramnya, dia memuat naik beberapa gambar anaknya itu ketika hari majlis akikah yang telah berlangsung, baru-baru ini.

Ujarnya, dia meluahkan rasa syukur apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar namun, tidak dapat bergambar satu keluarga kerana keadaan anaknya yang lain tidak dapat dikawal.

“Sekitar Majis Akikah puteri kami, Nur Aisywara Nealofa. Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dengan izinnya. Tak sempat nak bergambar satu keluarga sebab faham-faham la seorang lagi sana, seorang lari sini. Jangan cemuih kami simpan kenangan kat sini ya,” coretnya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dengan kecomelan yang dimiliki oleh anaknya itu dan menyifatkan Bellaz mempunyai keturunan yang cantik.

Dalam pada itu, majoriti netizen mendoakan agar urusan keluarga tersebut sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram @muabellaz

Be the first to comment on "“Macam Muka Anak Orang Arab..”- Kecomelan Aisywara Nealofa raih perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*