Nama pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida Ateinza rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai.
Selain bakat lakonan, kecantikan yang dimiliki oleh aktres itu sentiasa menjadi ‘contoh’ buat ramai wanita di luar sana untuk kekal cantik meski sudah berusia.
Terbaharunya, penampilan aktres berusia 53 tahun ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia kelihatan cantik persis anak dara.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok dikenali @onlyyou_gold, dilihat Maria bersama usahawan kosmetik kontroversi, Dato’ Seri Vida sedang menari sambil ‘memperagakan’ rantai emas dipakainya.
Ramai memuji kecantikan pelakon darah kacukan Melayu dan Filipina ini kerana kekal awet muda walaupun kini sudah berstatus ‘nenek’.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Maria nampak lebih muda jika hendak dibandingkan dengan Vida, 51.
Selain itu. ada juga mengatakan wajah Maria Farida seiras dengan pelakon wanita meningkat naik, Anna Jobling.
Sementara itu, terdapat netizen memuji Dato Seri Vida atau mesra disapa Vida kerana kelihatan kurus jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber: TikTok @onlyyou_gold
Be the first to comment on "Tua Dua Tahun Dari Dsv, Ramai Puji Kecantikan Maria Farida Tak Makan Usia"