“Mereka menggelarkan saya ‘artis legend’ tapi tak nak pula bayar seperti artis legend..” Faizal Hussien Kecew4

Wajah yang kacak  dan senyuman manis Faizal Hussein menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini. Siapa tak kenal kan dengan hero G1la-G1la Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.

Penangan filem G1la-G1la Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya mel0njakkan nama Faizal Hussein.

Deretan trofi dan penghargaan yang diterima menjadikan dia salah seorang anak seni yang cukup berjaya. Namun dia sederhana, dalam apa jua aspek. Lantas itu menjadikan dia, unik.

Berurusan dengan Faizal adalah mudah. Rendah diri dan baik budi pekerti. Tiada kerenah yang tak disenangi. Itulah profesionalisme seorang bintang yang wajar diteladani.

Tiada pengurus mahupun pembantu pr1badi

“Saya tak ada pengurus atau pembantu per1badi. saya lebih senang berurusan terus dengan sesiapa pun. Saya tak mahu nama jadi buruk disebabkan masalah orang tengah. Selagi mampu, cukuplah berdikari,” katanya.

Meskipun sudah acap kali menyuarakan mengenai soal pembayaran melibatkan pelakon-pelakon senior, aktor, Faizal Hussien mendedahkan senario tersebut tampak seperti tiada perubahan.

Menurut Faizal, sehingga ke hari ini, namanya sering kali dit0lak berikutan i$u pembayaran

“Berkenaan soal bayaran ini, dah memang jadi kelaziman nama saya sering kali dit0lak. Perkara tersebut masih lagi terjadi sehingga ke hari ini.

“Mereka menggelarkan saya sebagai artis legend tapi bila bercerita soal bayaran, tak nak pula bayar seperti artis legend.

Dalam pada itu, Faizal turut berharap agar pihak stesen televisyen yang lain dapat mencontohi langkah diambil oleh pihak Astro yang sanggup membelanjakan kos yang besar dalam penghasilan sesebuah drama seperti One Cent Thief ini.

Terdahulu, selain Faizal, drama One Cent Thief ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Sofia Jane dan ramai lagi.

Drama ini ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro On Demand.

 

Sumber; MH

Be the first to comment on "“Mereka menggelarkan saya ‘artis legend’ tapi tak nak pula bayar seperti artis legend..” Faizal Hussien Kecew4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*