“Cantiknya Pakai Mata Kail.. ‘Nose Ring’ Bunga Isme Jadi Bahan Lawak Netizen

Nama Bunga Isme bukanlah baharu dalam industri seni tanah air, lebih-lebih lagi dalam kalangan penyanyi dan peminat muzik genre rap.

Baru-baru ini, penampilan Bunga ketika menghadiri kuliah dalam bidang pentadbiran awam di sebuah universiti tempatan mendapat perhatian warganet.

Menerusi akaun TikTok, penyanyi berumur 22 tahun itu dilihat memuat naik video memaparkan dia sedang berjalan sambil menyanyi secara ‘miming’ dengan menggayakan baju kurung.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah ‘nose ring’ yang dipakai oleh pemilik nama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari.

Nampak ranggi ke?

Di ruangan komen, rata-rata pengikut mempersoalkan sama ada aksesori itu dibenarkan untuk dipakai ketika berada dalam kawasan universiti.

Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menjadikan imej itu sebagai bahan tawa dan lucu. Ada yang menyamakan dengan mata kail dan keychain.

Hasil pemerhatian OhBulan!, pelantun lagu Hatiku Milikku tidak mengambil hati sebaliknya seronok melayan respons daripada peminat.

Sumber: TikTok @bungaisme.1

Be the first to comment on "“Cantiknya Pakai Mata Kail.. ‘Nose Ring’ Bunga Isme Jadi Bahan Lawak Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*