“Manisnya Bulan Madu..” Mas Idayu Kongsi Foto Romantik Bersama Suami

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa minggu yang lepas, namun gara-gara hantaran dimuat naik oleh Mas Idayu di laman Instagramnya membutakan segelintir peminat salah faham lalu menganggap penyanyi tersebut sedang dilanda masalah dalam rumah tangga.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pemilik nama Masidayu Mesnun menjelaskan, dia sememangnya gemar berkongsi posting berbentuk ceramah dan kata-kata dengan pengikutnya.

Bagaimanapun, Mas Idayu berkata perkahwinannya baik-baik sahaja dan sejak dulu lagi dia suka berkongsikan kapsyen $edih, kelakar dan gembira.

Terbaru, penyanyi berusia 50 tahun itu dilihat ada memuat naik foto romantik bersama suami tercinta, yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.

Menerusi entri itu, Mas Idayu berkata dari dulu lagi dia memang suka mengenai perkongsian berbentuk ceramah dan kata-kata.

“Dari dulu saya sangat suka hantaran yang berbentuk ceramah, ‘sweet’ dan hint’. Siapa yang suka mesti mereka akan komen, ‘ya mummy aku juga seperti itu’. Tak semestinya untuk saya.

Saya suka mendengar komen mereka yang berbagi rasa. Itu saja,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Dalam pada itu, Mas Idayu turut menitipkan kata-kata manis kepada suaminya dan berharap rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian dengan sekali lafaz pada 16 September lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : IG mas idayu

Be the first to comment on "“Manisnya Bulan Madu..” Mas Idayu Kongsi Foto Romantik Bersama Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*