Jep Masuk Konti Pakai Legging ‘kuda Belang’. Sekali Sari Yanti Minta ‘Pulangkan’ Balik

Siapa tidak kenal akan pelakon dan pelawak terkenal malaysia iaitu Jep Sepahtu. Sekarang ini sejak menjadi penyampai radio, Jep dilihat selesa menjadi peyampai radio.

Terdahulu, penyampai segmen radio “pagi di sinar” diberikan tugas untuk “catwalk “ sambil menyarungkan kostum yang mempamerkan karakter masing- masing dan Romona Zamzam dipilih untuk menjadi Juri bagi menentukan siapa pemenang.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Jep dilihat mengenakan T-shirt band, jaket kulit, headband dan seluar ketat corak zebra yang secara tak langsung kelihatan seperti ‘legging’ wanita.

Terbaru, entri terkini di laman Instagram pelakon, Sari Yanti telah menarik perhatian ramai apabila dia berselor0h meminta suaminya, Jep untuk memulangkan semula seluar yang dipakainya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Sari memuat naik foto corak kuda belang yang kelihatan sama dengan corak seluar yang dipakai Jep sambil memasukkan lagu Pulangkan dendangan penyanyi, Misha Omar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu pasangan suami isteri tersebut.

“Tak cukup dengan bubur, seluar pun dirembat.

“Dah agak dah. Buat hal la Jep ni.

“Pulangkan balik seluar bini tu Jep. Patut lain macam ketat.

“Laki bini ni sekarang lawak eh.

“Lawak la korang. Moga kekal hingga ke akhir hayat.

“Makin menjadi-jadi punchline laki bini ni, antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, cabaran Catwalk Konti telah dimenangi oleh Rahim yang mengenakan suit adiwira Marvel, Thor.

Kesemua mereka telah diadili oleh pelakon , Ramona Zamzam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Jep Masuk Konti Pakai Legging ‘kuda Belang’. Sekali Sari Yanti Minta ‘Pulangkan’ Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*