Mahu Semua Balik On Time, AC Mizal ‘Hal4u’ Pekerja – “Tutup Wifi, Aircond Semua”

Pasti ada majikan di luar sana yang senang hati melihat para pekerja mereka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh namun ada sampai yang bekerja lebih masa.

Namun, tidak bagi pengacara popular Datuk AC Mizal yang seolah tidak mahu budaya kerja melebihi waktu sepatutnya  dipraktikkan dalam syarikat stesen televisyen miliknya SUKE TV.

Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh SUKE TV di aplikasi TikTok memaparkan pengacara itu mengarahkan semua kakitangannya meninggalkan pejabat apabila tamat waktu bekerja.

Menerusi video itu, AC Mizal juga berselor0h mahu mem4tikan sambungan elektrik jika mereka memilih untuk terus duduk di pejabat menyelesaikan tugasan.

“Tutup wifi, aircond semua. Lepas pvkul 6 semua pakai kipas. Balik balik balik! Kalau aku curah cat.. balik sekarang. pvkul 6.05 petang, satu lif je buka eh,” katanya.

Dapat dilihat kakitangannya itu hanya mampu ketawa melihat aksi majikan mereka seolah ‘menghalau’ untuk pulang dengan segera.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat AC Mizal serta memujinya sebagai majikan yang bertimbang rasa.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen bertanyakan ada kekosongan kerja di tempat tersebut kerana mahukan majikan seperti AC Mizal.

Terdahulu, impian Datuk AC Mizal akhirnya tercapai untuk membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV buat penonton di negara ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Mahu Semua Balik On Time, AC Mizal ‘Hal4u’ Pekerja – “Tutup Wifi, Aircond Semua”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*