Alhamdulillah.. Abang Viva Selamat Bergelar Suami Orang

MELAKA: Sukarelawan benc4na, Azwan Omar, 30, yang lebih dikenali sebagai Abang Viva, selamat melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria pada Jumaat lalu.

Pasangan itu selamat melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh di sini, dengan kehadiran ahli keluarga terdekat masing-masing.

Khabar mengenai perkahwinan pasangan itu, dikongsikan Azwan kepada pengikutnya ketika penstriman secara langsung pada malam tadi.

Selain itu, Evanoza juga berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi akaun tiktok, abangvivaofficial.

Azwan berkata, pada mulanya, mereka merancang berkahwin pada Disember depan, namun fakt0r ramalan cuaca yang menjangkakan berlakv benc4na Mon$un Timur Laut di beberapa negeri, mendorong majlis itu dipercepatkan.

“Jadi untuk bulan depan dan seterusnya, lebih mudah untuk kami suami isteri berbincang dan bersiap sedia menggerakkan $ukarelawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V,” katanya.

Azwan berkata, berikutan mahu memberi tumpuan kepada gerakan kebajikan yang akan dilancarkan ketika mosun timur laut, mereka belum menetapkan tarikh resepsi bagi meraikan keluarga di kedua-dua belah pihak.

Azwan yang berasal dari Melaka, menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kesungguhannya membantu mang$a banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan menggunakan kereta jenis Perodua Viva serta sebuah bot di Selangor pada akhir tahun lalu.

Tertarik melihat kegigihannya membantu mang$a banjir, mendorong seorang usahawan tampil menyumbang sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan usahanya membantu mang$a benc4na.

 

Sumber: BH

Be the first to comment on "Alhamdulillah.. Abang Viva Selamat Bergelar Suami Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*