Allah Bayar Cash! Dua Sahabat Dapat Rezeki Melimpah Selepas Bantu Kucing Jalanan Ketika Poket Kering

TAK rugi bantu haiwan.

Demikian kata pekerja penghataran J&T, Muhammad Nurfais atau Acak yang kini membela enam ekor kucing di kediamannya di Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

Dia sebelum ini hanya membela lima ekor kucing, namun baru sahaja menyel4matkan seekor lagi si bulus yang ceder4 minggu lalu sebelum ia dibawa menjadi penghuni terbaharu kediamannya

“Minggu lepas saya jumpa seekor kucing jalanan yang terhencot-hencot, macam baru kena lnggar. Saya dah ada lima kucing di rumah, duduk apartment tak boleh bel4 banyak-banyak.

“Tapi saya tetap ambil dan bawa pulang. Saya beri nama Dido. Saya tak hantar ke klinik sebab tahu sikit-sikit cara untuk r4wat. Dalam seminggu Dido dah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan macam biasa,” ujarnya.

Dedah Acak, rezekinya melimpah ruah secara tiba-tiba sejak dia membela Dido, sekali gus membuatkan dia semakin ber$emangat untuk membela nasib haiwan-haiwan jalanan.

Kucing yang di$elamatkan diberi nama Dido dan kini menjadi si bulus keenam dalam kediamannya.

Selain video Dido yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok, dia turut menerima beberapa tawaran reviu yang dapat menjana pendapatan sampingan buatnya.

“Sejak bela Dido, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Ada dapat jemputan reviu. Makanan kucing yang saya jual melalui TikTok pun laris. Apa-apa haiwan yang kita bela dengan baik, mereka pasti doakan kita.

“Murah rezeki kalau bela haiwan. Cepat atau lambat, rezeki itu pasti datang. Dulu saya pernah ada RM50 untuk bertahan sampai hujung bulan, tapi tetap bantu seekor kucing untuk dibawa ke klinik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya percaya akan keajaiban. Pada masa itu, klinik hanya minta saya bayar RM25. Jadi baki selebihnya RM25 untuk saya. Tanpa disangka-sangka, dalam beberapa hari selepas itu saya dapat duit cashback, sedangkan duit itu sepatutnya lambat lagi akan masuk,” dedahnya.

Haziq pertama kali bela kucing

Selain Acak, seorang rakannya yang dikenali sebagai Mohd Haziq Mansor turut berdepan kejadian hampir sama, pada Rabu tengah hari di kawasan perindustrian berdekatan Kapar, Klang.

Berbeza dengan Acak yang sudah lama membela kucing, rakannya itu tidak mempunyai sebarang pengalaman, namun tetap berusaha untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

Dalam kejad1an itu, Haziq menjumpai kucing berkenaan yang nyawa-nyawa ikan di tengah jalan, dipercayai terjatvh dari kenderaan.

“Saya melalui sebuah jalan shortcvt berdekatan kawasan perindustrian. Memang jarang orang lalu jalan tu. Kebetulan saya lalu, nampak ia terbar1ng. Saya ingatkan dah mat1, jadi saya nak tol0ng alih.

“Ketika menghampirinya, saya dengar suara. Kucing tu macam kekeringan air dalam badan, ia tercungap-cungap di atas jalan raya yang pana$ dalam 2.30 petang. Saya rasa ia jatuh dari enjin kereta.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Allah Bayar Cash! Dua Sahabat Dapat Rezeki Melimpah Selepas Bantu Kucing Jalanan Ketika Poket Kering"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*