“Membesar Dengan Cepat Yer..” Anzalna Nasir Akui Tak Sabar Nak Tambah Anak

Baru-baru ini, pelakon jelita, Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir mend3dahkan tidak sabar untuk menambah bilangan anak namun, perlu menunggu anak keduanya, Mohamad Emirhan membesar dengan baik terlebih dahulu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di laman Instagramnya, dia berkongsi gambar anak lelakinya itu yang sudah mencecah usia lima bulan.

Apa yang menarik perhatian netizen, pelakon yang berusia 34 tahun itu mengakui dia tidak sabar untuk memberikan anak lelakinya itu adik baharu dan memintanya untuk membesar dengan lebih cepat bagi merealisasikan hasrat yang terbuku di dalam hatinya.

“Selamat berusia 5 bulan Emirhan! Cepat membesar ya, mama tak sabar nak bagi adik! Hahahaha,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak kedua aktres itu dan ramai yang mengatakan wajahnya mirip seperti ayahnya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendoakan agar hasrat Anzalna untuk menambah anak dikabulkan dan disebabkan kecomelan anak-anaknya, mereka tidak kisah jika pelakon itu melahirkan lebih ramai cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram @anzalnanasir88

Be the first to comment on "“Membesar Dengan Cepat Yer..” Anzalna Nasir Akui Tak Sabar Nak Tambah Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*