Sheila Rusly Kongsi Hasil Masakan Thai Elisya Sandha, Netizen Beri Pujian – “Untung Dapat Menantu Pandai Masak”

Pelakon dan produser terkenal Sheila Rusly mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi masakan enak hasil air tangan menantu kesayangannya, Elisya Sandha.

Menerusi lamab sosial Instagram, Sheila berkongsi menu makan malam yang terdiri daripada lima lauk-pauk bertemakan Thailand untuk tatapan umum.

Kata Sheila, 51, sebelum berkahwin Elisya tidaklah begitu pandai memasak disebabkan fakt0r aktres itu tinggal sendirian.

Namun selepas bertunang dengan anak lelakinya iaitu Uzair Haqimy, Elisya mengambil inisiatif belajar memasak dengannya di rumah.

“Sewaktu bertunang, Elisya selalu datang ke rumah saya dan lihat sendiri bagaimana saya melayan anak-anak dan suami.

“Dari kecil lagi anak-anak saya sudah makan makanan yang dimasak oleh saya, jadi Elisya perlu tahu menilai rasa untuk menjamu selera suaminya nanti,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Menerusi perkongsian video berdurasi hampir satu minit itu, Sheila berkongsi menu-menu hidangan Elisya untuk keluarganya yang terdiri daripada tomyam seafood, ayam berempah, ikan goreng tiga rasa, sotong goreng tepung dan telur dadar. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Sementara itu di ruangan komen, air tangan Elisya itu mendapat pujian wargamaya dan mereka berpendapat Sheila cukup bertuah mendapat seorang anak menantu yang bukan sahaja cantik malah pandai memasak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

“Untung sis dapat menantu cantik dan pandai masak,” komen seorang wargamaya.

“Untung dapat menantu rajin memasak. Padan sangat dengan mak mertuanya,” puji seorang wargamaya.

“Masyallah tak payah makan kat kedai dah, makan kat rumah lagi sedap dan puas hati. Semua pandai masak,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada anak Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos yang lalu.

Be the first to comment on "Sheila Rusly Kongsi Hasil Masakan Thai Elisya Sandha, Netizen Beri Pujian – “Untung Dapat Menantu Pandai Masak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*