Pelakon Sherry Ibrahim menarik perhatian netizen apabila tampil dengan mengenakan niqab pada sebuah majlis agama yang diadakan oleh usahawan terkenal, Noor Neelofa.
Manis Sherry berniqab
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Sherry berkongsi foto dirinya bersama Neelofa ketika menghadiri majlis Maulidur Rasul yang diadakan di kediaman ibu kepada Muhammad Bilal itu.
Bersama seorang yang berjiwa indah Neelofa. Terima kasih Lofa dan keluarga sebab menjemput saya.
View this post on Instagram
Di hantaran yang lain, terdapat beberapa rakan selebriti turut hadir termasuklah Bella Astillah, Wawa Zainal, Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.Namun, apa yang menarik perhatian netizen Sherry kelihatan manis mengenakan jubah labuh serta lengkap berniqab berwarna putih di dalam foto terbabit.
‘MasyaAllah cantiknya’
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Sherry apabila berniqab. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar segala urusan pelakon itu dipermudahkan.
Sumber : sherryibrahim
Be the first to comment on "Sejuk Mata Memandang.. Penampilan Terbaharu Sherry Ibrahim Ketika Sertai Majlis Ilmu Dipuji"