Dengan Sekali Lafaz Adam Lee Dan Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri

Teka-teki tarikh perkahwinan akhirnya terjawab setelah pelakon Sweet Qismina dan aktor Adam Lee selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, pada pagi Isnin.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan, Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein.

Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis pernikahan pasangan selebriti ini turut di$aksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat Sweet dan Adam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Pada sebelah tengah hari, satu majlis kesyukuran akan diadakan bagi meraikan pasangan pengantin baharu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Pada malam Sabtu, Sweet dan pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🤍 فرحانة قيسمينا سوڤندي 🤍 (@sweetqismina)

Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta.

 

Sumber: IG Sweet Qismina

Be the first to comment on "Dengan Sekali Lafaz Adam Lee Dan Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*