Dilihat Sering Keluar Bersama. Ini Respon Amir Masdi Tentang ‘Ura-ura’ Ada Hubungan Istimewa

Tiada angin tiada r1but, tiba-tiba penyanyi, Amir Masdi dikatakan bercinta dengan penyanyi, Shila Amzah apabila mereka sering dilihat bersama sejak menyertai program Masked Singer awal tahun ini.

Amir ketika ditemui bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan baik memandangkan mereka kini kerap bertemu untuk bermain badminton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AM (@amir.masdi)

“Kami hanya berkawan baik. Saya mula bertemu Shila ketika sama-sama menyertai program Masked Singer dan hubungan kami mula rapat selepas berjumpa di sebuah acara ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Orang luar mungkin nampak kami rapat sebab kami selalu bermain badminton bersama-sama. Bukan kami berdua saja tapi ada ramai kawan-kawan selebriti lain yang turut serta. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AM (@amir.masdi)

“Saya mula aktif bermain badminton sejak tahun lalu lagi bersama pengacara Haziq Hussni, tapi Shila boleh dikatakan masih baru sertai kumpulan kami. 

“Kami pun jarang berhubung. Kalau berhubung pun semuanya atas urusan kerja kalau kami ada undangan persembahan di lokasi yang sama,”katanya ketika ditemui selepas menjayakan konsert Hype Night di Kenanga Starxpo Centre Kuala Lumpur, malam tadi. 

Menurut Amir, dia tidak tahu bagaimana gosip terbab1t timbul dan menegaskan dirinya masih solo. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AM (@amir.masdi)

“Saya tak pasti kerana berita ini adalah kali pertama saya dengar. Saya berkawan dengan semua orang, tapi status saya masih single. 

“Saya belum ada hasrat atau keinginan untuk berkenalan dengan sesiapa. Saya hanya nak fokus dengan kerjaya saya buat masa ini. 

“Persahabatan saya dengan Shila pun ada sempadan sebagai kawan saja. Saya dengan mana-mana kawan wanita memang saya hadkan begitu kerana saya takut nanti terbahagi harapan antara satu sama lain. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Boleh jadi dia terbahagi harapan atau sebaliknya. Jadi untuk elakkan sebarang perkara  terjad1 dan melarat ke arah yang kita tidak inginkan, lebih baik letakkan sempadan daripada awal,”katanya. 

 

Sumber; Hmetro

Be the first to comment on "Dilihat Sering Keluar Bersama. Ini Respon Amir Masdi Tentang ‘Ura-ura’ Ada Hubungan Istimewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*