“Nampak Sopan Sangat..” Hadir Ke Majlis Resepsi, Busana Songket Emma Maembong Dapat Pujian

Sering kali dikaitkan dengan imej berani, namun kali ini penampilan sopan Emma Maembong ketika menghadiri majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Sweet Qismina dan Adam Lee mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram miliknya, Emma atau nama sebenar, Fatimah r0hani Ismail, 30, memperagakan busana kurung moden berona hitam yang d1sulami dengan songket berwarna kelabu.

Busana yang direka Zamri Mat itu mendapat pujian ramai pengikut Emma termasuk rakan artis seperti Lufya, Natasha Elyzza dan Nelissa Nizam.

“Lawa Emma pakai macam ni, sopan ayu, kita suka.

“Lawa, siapa yang kahwin ni? Dah macam Emma yang kahwin.

“Cantik semuanya bertemakan songket, looks classic gitu.

“Love your outfit! So pretty!” tulis sebahagian netizen.

Selain Emma, adiknya, Chacha Maembong yang berpakaian songket rona coklat keemasan turut dipuji ramai.

Majlis resepsi Sweet dan Adam yang bertemakan songket turut meriah diraikan dengan rakan artis yang lain seperti Elfira Loy, Azira Shafinaz, Jasmine Suraya dan Hun Haqeem.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Foto:  Instagram Emma Maembong/MH

Be the first to comment on "“Nampak Sopan Sangat..” Hadir Ke Majlis Resepsi, Busana Songket Emma Maembong Dapat Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*