Tampil Sopan Bersama Ungku Ismail Di Thailand, Nad Zainal Kini Berhijab

Penampilan pelakon popular, Nad Zainal mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan imej berhijab dalam beberapa posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin mula berkongsi penampilan itu sejak beberapa hari lalu sekali gu$ mencetu$kan persoalan sama ada dia sudah berhijab atau sebaliknya.

Difahamkan, pelakon berusia 32 tahun itu kini berada di Thailand bagi menjalani penggambaran sebuah travelog untuk kandungan di saluran YouTube bersama rakan artis Ungku Ismail.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by فاره ناديا زاينل عابدين (@nad.zainal)

Malah, Nad turut memuat naik beberapa InstaStory dengan imej berhijab sepanjang ‘berjalan-jalan’ bagi menjayakan penggambaran tersebut.

Oleh kerana imej sopan tersebut, rata-rata peminat menyambut baik penampilan pelakon drama Cina bvtaitu yang dilihat lebih manis dan sejuk mata memandang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by فاره ناديا زاينل عابدين (@nad.zainal)

Tidak kurang ada juga segelintir individu menitipkan doa berharap Nad kekal beristiqamah dengan imej menutup avrat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by فاره ناديا زاينل عابدين (@nad.zainal)

Bagaimanapun, dia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan tersebut sama ada telah berhijab atau untuk penggambaran semata-mata.

Terdahulu, Nad mengakui selesa berkawan dengan aktor berkenaan selain merancang bagi melakukan kerjasama dalam pelbagai projek pada masa akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Nad Zainal, omm

Be the first to comment on "Tampil Sopan Bersama Ungku Ismail Di Thailand, Nad Zainal Kini Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*