Nana Sheme Masih Kekok Nak Pegang Suami – “$ebelum Ni Tak Pernah Bersentuhan..”

Lama tanpa khabar ber1ta, penyanyi Nana Sheme kini selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan di Damai Central, Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Astro Gempak, pemilik nama Nur Nabilah Hashimi itu mengakui gementar tetapi meluahkan kesyukuran apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, sewaktu majlis pernikahan segalanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, saya sudah selamat bergelar seorang isteri sekarang.

“Perasaan selepas bergelar isteri membuat saya gementar dan dalam masa sama teruja sebab saya ingin jadi yang terbaik untuk suami.

“Tapi saya masih kekok sebab nak pegang-pegang suami, sebelum ini tak pernah bersentuhan. Insyallah, saya akan cuba sesuaikan diri,” kata penyanyi berusia 27 tahun itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

Bercerita lanjut, penyanyi lagu Hantu atau Buaya itu berkongsi hasrat bahawa suami mahu melihat dirinya memikul tanggungjawab sebagai isteri sepenuh masa.

“Suami saya seorang yang pendiam, tenang dan pemalu. Selepas kami bernikah dia hanya cakap Alhamdulillah kerana kami berdua telah selamat menjadi suami isteri.
“Dia juga ada simpan hasrat dan beritahu pada saya nanti suatu hari saya dah tak perlu bekerja. Dia mahu saya menjadi isteri sepenuh masa.
“Insyallah, saya secara perlahan-lahan akan belajar tanggungjawab sebagai isteri, saya akan belajar masak dan sebagainya,” ujarnya.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle) , Instagram Nana Sheme

Be the first to comment on "Nana Sheme Masih Kekok Nak Pegang Suami – “$ebelum Ni Tak Pernah Bersentuhan..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*