” Meriah Sungguh..” Tak Ramai Member India, Remaja Ajak Rakan-rakan Melayu Sambut Deepavali Di Rumah

Sambutan Deepavali yang dirayakan kelmarin sememangnya diraikan dengan penuh meriah oleh masyarakat beragama Hindu.

Kebanyakan mereka adalah dalam kalangan kaum India yang sememangnya akan menyambut perayaan tersebut dengan semangat keluarga Malaysia.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hareeshravi_ apabila memuat naik video menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu untuk sama-sama menikm4ti juadah Deepavali di kediamannya.

Menurut remaja terbabit, dia tidak mempunyai ramai rakan berbangsa India, jadi teman-teman berbangsa Melayulah yang mengunjungi rumahnya untuk menikm4ti juadah yang telah disediakan.

Ibunya juga terlihat begitu ramah melayan rakan-rakannya yang bertandang di rumah dengan masing-masing memakai baju kurung.

Perkongsian yang dibuat telah mendapat respon p0sitif daripada warganet yang kebanyakannya berasa gembira melihat lingkungan pertemanannya.

Mereka juga memuji juadah ketika Deepavali memang sedap lebih-lebih lagi dimasak terus oleh orang-orang India.

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: TikTok @hareeshravi_

Be the first to comment on "” Meriah Sungguh..” Tak Ramai Member India, Remaja Ajak Rakan-rakan Melayu Sambut Deepavali Di Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*