Aura Harimau Selatan, Pelakon Korea, Chae Song Ah Jatuh Hati Dengan JDT

Siapa sangka, aura pasukan gergasi bola sepak dari selatan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuatkan aktres terkenal dari Korea Selatan jatuh hati pada mereka.

Chae Song Ah yang membintangi drama popular iaitu Good Doctor dan heroin bagi filem Emergency Declaration menzahirkan kegembiraan setiap kali dapat menjejakkan kaki ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi melihat pasukan JDT beraksi.

Aktres berusia 42 tahun ini seringkali memuat naik video dan berkongsi pengalamannya di laman Youtube  dan Instagram.

Malah, dalam video tersebut, turut terakam momen terindah pada malam istimewa bagi meraikan kejayaan pasukan JDT di stadium bersama anaknya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sebagai peminat setia JDT, Song Ah yang kini menetap di Malaysia mengikut suaminya tidak ketinggalan membeli jersi dan cenderahati rasmi pasukan di butik Southern Tigers.

Difahamkan, video tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila mencecah 150,000 tontonan selain 300 membanjiri ruangan komen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chae Song Ah(Korean Actress)🇰🇷 (@songah_unnie)

Sekadar info,  Song Ah dan suami telah membuka sebuah restoran di Johor Bahru yang dikenali sebagai Sae Ma Eul BBQ.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Aura Harimau Selatan, Pelakon Korea, Chae Song Ah Jatuh Hati Dengan JDT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*