‘Bunga Keutamaan Saya, Cucu Kini Dalam Carta Nombor Satu.’ Sheila Rusly Mahu Bantu Anak, Menantu.

KEHADIRAN Bunga Elhaq nyata membawa impak yang besar dalam hidup Sheila Rusly.

Jika dahulu, banyak masa Sheila dihabiskan di lokasi penggambaran, namun kini penerbit dan juga pelakon terkenal itu lebih gemar duduk di rumah bersama cucu sulungnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Beliau yang juga duta Maggi ditemui dalam program Duniaku Bersama Maggi, Sah Malaysia! mengakui, cucu perempuannya itu adalah segala-galanya buat diri beliau.

Bahkan anak kepada pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy itu kini berada dalam carta nombor satu dalam hidupnya.

“Buat masa ini Bunga segala-galanya. Ke mana sahaja saya pergi atau singgah, memang akan beli barang untuk si kecil ini. Bunga carta nombor satu saya. Cuma bab tidur masih dengan ibu dan ayahnya. Saya tidak akan ambil tempat mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

“Saya cuma membantu meringankan sikit tanggungjawab anak-anak. Jika ibu dan ayahnya bekerja, saya akan menjaga dan menguruskan Bunga,” ujar selebriti tersebut yang sendiri memilih nama buat cucu sulungnya itu.

Beritahu Sheila lagi, biarpun ada pembantu, namun beliau tetap akan menjaga Bunga. Sementelah, cucunya itu masih kecil dan perlu dipantau.

“Memang ada dua pembantu yang menjaga, tetapi Bunga masih bayi. Jika ditinggalkan bersama pembantu, saya bimbang kalau-kalau terjatuh dan sebagainya.

“Biarpun saya sendiri ada kerja, sekejap-sekejap akan tengok jam sebab nak balik cepat jumpa cucu,” katanya sambil tertawa kecil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by uzair haqimy (@uzairhaqimy69)

BAWA BUNGA MASUK DAPUR

Perhatian berlebihan yang diberikan menyebabkan ada yang menganggap Bunga begitu dimanjakan Sheila. Pun demikian, empunya diri menolak tanggapan tersebut.

“Saya tidak memanjakan Bunga, saya cuma tunjukkan kasih sayang buat dirinya. Saya tidak akan sekali-kali ‘spoilkan’ cucu saya.

“Cuma, cucu saya perlu tahu yang nana beliau sayang sangat dengannya. Untuk tunjukkan kasih sayang adalah dengan habiskan masa bersama, fokus pada dirinya,” tegas Sheila lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Menjawab persoalan mengenai aktiviti beliau terlihat terhenti seketika dek kehadiran cucu sulungnya, ujar Sheila sehingga kini semuanya berjalan seperti biasa.

“Memasak tetap memasak. Jika tiada ada orang di rumah, saya akan bawa Bunga masuk dapur bersama. Itu bukan konten semata-mata, tapi saya memang letak Bunga di dapur dan tengok saya memasak.

“Tiada alasan untuk tidak memasak pada saya. Biarkan Bunga tahu bab itu.Lagipun, saya tiada ada anak perempuan, jadi sejak ada Elisya, kami berkongsi minat sama. Selepas ini dengan cucu pula,” katanya.

Menjawab satu soalan, Sheila berkata, beliau menyerahkan soal menambah anak kepada Uzair dan Elisya.

Sebagai ibu, dirinya tidak berhak untuk campur tangan.

“Mungkin mereka sudah ada perancangan tentang soal tersebut. Pada masa sama, kena fikirkan bab kewangan juga.

“Sebagai ibu, saya ikut sahaja. Mungkin tunggu Bunga besar sedikit, tiga tahun lagi boleh cuba lagi untuk dapatkan anak lagi,” ujar aktres terkenal itu lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber gambar: bungaelhaq

Be the first to comment on "‘Bunga Keutamaan Saya, Cucu Kini Dalam Carta Nombor Satu.’ Sheila Rusly Mahu Bantu Anak, Menantu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*