“Alangkah Seronoknya Jika Ada ‘aunty’ Boleh Menemani Kami Untuk Berjalan-jalan…” Shuib $ebak

Pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan hasrat anak-anaknya yang mahukan wanita untuk menyayangi mereka seperti seorang ibu.

Memetik laporan Astro Gempak, usahwan berusia 38 tahun itu mengakui empat orang anaknya memerlukan seseorang peneman selepas kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Ra1suddin.

Mereka ada masa rindu dan menangi$ mengenangkan ibu mereka.

“Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlakv tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.

“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan…

“…dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Berikutan itu, Shuib berkongsi perasaan seolah-olah sudah mula membuka hati bagi mencari individu istimewa sekali gus dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya.

“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.

“Tapi kini bila masa dah berjalan… saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.

“Perasaan tu tak boleh dipak$a suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia kurang melihat kepada ciri-ciri wanita idaman sebaliknya meletakkan kebahagiaan anak-anak yang menjadi perkara utama.

“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.

“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya. Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.

“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.

“Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup sem4ti dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” kongsinya lagi.

Terdahulu, allahy4rham Siti Sarah men1nggal dunia di h0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 akibat w4bak C0v1d-19 selepas melahirkan cahaya mata keempat secara pemb3dahan.

Allahy4rham meninggalkan Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq m4tin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal) , Instagram Shuib

Be the first to comment on "“Alangkah Seronoknya Jika Ada ‘aunty’ Boleh Menemani Kami Untuk Berjalan-jalan…” Shuib $ebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*