Sedia Berkahwin… Da’i Syed Jawab Status Hubungan Dengan Pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail

Menjawab status hubungannya dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail, pend4kwah selebriti Da’i Syed berkata mereka sedang dalam proses mengenal hati budi.

Memetik Oh Bulan, Syed bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi lanjut serta memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut. Takvt nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Kami akan beritahu apa yang seterusnya, kemudian. Insya-Allah,” katanya.

Mengulas mengenai foto tular memaparkan dirinya bersama Hana sambil diiringi ibu kedua-dua belah pihak dalam sebuah majlis, Syed berkata itu hanyalah majlis pertemuan dua keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hana Ismail (@hanaalmauzah)

“Ia adalah majlis pertemuan dua keluarga. Kalau itu adalah majlis yang dianggap (majlis pertunangan), doakan yang terbaik. Tapi boleh dikatakan ia adalah majlis pertemuan dua keluarga. Perkenalan di antara dua keluarga.

“Kami baharu mengenali dua keluarga, kalau sudah disahkan, bermakna kalau betul kami akan ke arah yang baik, kami akan beritahu,” katanya.

Mula berkawan dengan Hana sejak tiga bulan lalu, dalam pada itu, Syed berkata dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan mendirikan rumah tangga.

“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma sekarang kami dalam tempoh perkenalan dalam dua keluarga. Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hana Ismail (@hanaalmauzah)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Sedia Berkahwin… Da’i Syed Jawab Status Hubungan Dengan Pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*