Terlalu ‘Cuak’ Nak Lafaz Akad Nikah, Pengantin Terus Berlari Dakap Ibu Tenangkan Hati & Minta Restu

Pasangan pengantin pastinya tidak dapat lari dari perasaan gementar dan gemuruh pada majlis pernikahan mereka. Sama juga seperti sebuah video yang dikongsikan ini memaparkan gelagat pengantin lelaki yang terlalu gementar untuk melafazkan akad nikah pada majlis pernikahannya ini.

Menerusi video yang dimuat naik ini, pengantin lelaki itu dilihat sedang bersedia duduk di hadapan jurunikah untuk sesi akad nikah. Namun dapat dilihat reaksi wajahnya yang begitu gementar dan tidak dapat duduk dengan tenang dek perasaan gemuruh.

Pada awalnya, tok kadi meminta pengantin lelaki untuk berlatih lafaz akad nikah tetapi pengantin lelaki dilihat begitu gementar sambil matanya memandang sekeliling seperti mencari seseorang. Pengantin lelaki itu kemudian bangun dan memeluk ibunya yang berada tidak jauh dari situ.

Dalam masa yang sama, kelihatan ibu pengantin lelaki dan seorang mak ciknya memberikan kata-kata semangat buat pengantin lelaki itu. Difahamkan, pengantin lelaki memelvk ibunya untuk menenangkan hatinya sambil meminta restu sebelum dia melafazkan akad nikah tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa terharu melihat tindakan spontan dari pengantin lelaki ini. Malah ada yang memahami perasaan gemuruh yang dirasainya itu dan pastinya dia mahukan ketenangan serta restu dari ibunya supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Video:

“Walau muka nampak panas baran sekali pun, bab jiwa ni payah nak sembunyi.”

“Saat dia pelvk mak tu, yang tak tahan air mata ni pun menitik jugak wei.”

“Terus cari mak, itu yang sebaiknya.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Terlalu ‘Cuak’ Nak Lafaz Akad Nikah, Pengantin Terus Berlari Dakap Ibu Tenangkan Hati & Minta Restu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*