Jadi Kamen Rider, Peminat Seronok Sofyank Tunaikan Impian Wan Chai

Buat peminat TikToker bernama, Wan Chai ini tentu sudah cukup familiar dengan content yang dilakukan apabila ia memaparkan juga watak Kamen Rider. Umum diketahui, Kamen Rider merupakan karakter yang terlebih dahulu menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak terutama sekitar 90-an.

Meskipun begitu, perkongsian oleh seorang personaliti media sosial yang mempunyai bakat besar dalam mengedit video, Sofyank membuatkan ramai teruja dan tidak sabar selepas dirinya mengumumkan kolaborasi dia dan Wan Chai.

Ujar Sofyank dalam muat naik dirinya berserta beberapa keping foto yang memaparkan kolaborasi dia bersama TikToker terkenal itu bahawa dia mendapat permintaan yang ramai untuk shoot bersama dan mengedit dia menjadi Kamen Rider. Ternyata permintaan terbabit direalisasikan oleh Sofyank apabila dia juga berkongsi rasa syukur kerana baru-baru ini mereka telah habis shoot bersama.

“Henshin!! Sebelum ni ramai request untuk saya shoot dengan Wan Chai dan edit dia jadi kamen rider, Alhamdulillah kitorang baru settle shoot  hari tu,” tulis Sofyank di akaun peribadinya itu disamping meluahkan rasa syukur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Menerusi paparan foto dikongsikan Sofyank juga membuatkan ramai teruja dan seronok kerana impian TikToker tersebut menjadi Kamen Rider akhirnya tercapai manakala perkongsian Sofyank itu juga menerima sokongan ramai dengan lebih 50,000 tanda suka ditinggalkan oleh pengguna Instagram.

“Akhirnya cita cita Wan Chai tercapai”

“Wan chai, tak sabar”

“Tak sabar”

“Menjadi kenyataan”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Jadi Kamen Rider, Peminat Seronok Sofyank Tunaikan Impian Wan Chai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*