‘Berhenti’ Berlakon; “Penat Yang Puas!”- Demi Kasih Pada Anak-Anak, Anzalna Nasir ‘Berhenti’ Berlakon;

Sejak dikurniakan cahaya mata, pelakon Anzalna Nasir semakin jarang kelihatan di televisyen kerana ingin memberikan fokus terhadap penjagaan dan pembesaran anak-anak.

Menurut Anzalna atau nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 34, anak-anak merupakan punca kenapa dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya sebagai seorang pelakon.

“I still love being a mother. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.

“Paling best bila anak-anak dah besar nanti kita boleh cerita ragam mereka daripada baby sampai ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka.

“Ada maid atau tidak, tugas menjaga anak 100% pada saya dan suami. Tak nak anak membesar di tangan orang lain (punca kenapa saya tidak shooting drama),” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Hasil perkongsian hidup dengan Hanif Zaki, Anzalna mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia lima bulan.

Walaupun baharu memiliki dua anak, namun Anzalna berkata rumahnya tetap ‘kecoh’ dengan ragam dan keletah anak-anaknya.

“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua tau… hahahaha. Kadang terfikir macam mana my mum and dad jaga kami lima beradik without helper. Hebattt!” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Sekadar info, Anzalna memulakan kerjaya seni selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2009/2010.

Antara drama lakonannya yang menjadi perhatian ialah seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Love You Mr. Arrogant.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Foto: Instagram Anzalna Nasir

Be the first to comment on "‘Berhenti’ Berlakon; “Penat Yang Puas!”- Demi Kasih Pada Anak-Anak, Anzalna Nasir ‘Berhenti’ Berlakon;"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*