Lagu Sayunk I Love You kini cukup popular dan mendominasi carta Youtube serta jadi pilihan ramai untuk digunakan sebagai latar muzik di TikTok. Siapa sangka pemilik suara yang menyanyikan lagu ini dikenali dengan nama Chombi sebenarnya adalah anak kepada komposer dan penyanyi, Apak Harry Khalifah.
Pemilik suara lagu ini memiliki penampilan yang cukup menarik dan disenangi penonton. Tapi siapakah sebenarnya Chombi dan dari manakah datangnya gadis tersebut? Jom kenalinya menerusi biodata Chombi yang disediakan ini.
Biodata Chombi
NAMA PENUH: Siti Maryam Ahmad Sairi
NAMA POPULAR: Chombi
UMUR: 15 tahun
TARIKH LAHIR: 21 Januari 2007
INSTAGRAM: sitimaryam_chombi
View this post on Instagram
Foto
Kerjaya
Bakat nyanyian dan minatnya mula dikesan seawal usia 7 tahun oleh bapanya sendiri iaitu Apak Harry Khalifah. Namun mula terjun ke dunia hiburan tanah air ketika usianya 13 tahun iaitu dua tahu yang lalu.
Sebelum ini Chombi pernah terkenal menerusi lagu pertamanya yang berjudul Rindu Rindu sekitar dua tahun lalu. Kini lagu Sayunk I Love You jadi taruhan dan berjaya menambat hati ramai.
Muzik video rasmi lagu Sayunk I Love You ini baru sahaja dimuat naik tiga minggu lalu namun sudah mencecah 4.4 juta tontonan di Youtube. Majoriti peminat gadis ini menggemari alunan suaranya yang dikatakan lunak merdu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Baru Berusia 15 Tahun, Ini Biodata Chombi, Penyanyi Lagu Sayunk I Love You"