Sama Mahal Harga Sebiji Motor, Hairul Nak Beli Helmet Minta Achey Pula Pujuk Hanis Zalikha

Pasangan selebriti popular iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini boleh dikatakan apa sahaja dilakukan mereka tentu mencuri tumpuan peminat. Malah kedua-dua anak mereka yang diberi nama, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah juga sama diminati ramai.

Meskipun begitu, terbaharu gara-gara Hairul Azreen yang ingin membeli sesuatu yang rasanya agak mahal ini membuatkan dia meminta pertolongan rakannya, Achey untuk memujuk isteri, Hanis Zalikha.

Pasangan sama cantik, sama padan ini dilihat berada di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis helmet, sudahlah cantik tentu harganya boleh tahan juga sehingga Achey turut terlepas berselor0h hampir sama dengan harga motor kepada Hanis Zalikha. Dalam rakaman ini menunjukkan, pada awalnya Hairul Azreen meminta agar dia memujuk isterinya.

 

Disangkakan ingin memujuk setelah bangun daripada tempat duduknya, ternyata Achey sempat berselor0h tentang harga dan menyebabkan Hanis Zalikha terus memberikan reaksinya kepada Hairul Azreen yang mengvndang tawa buat mereka.

Video:

Kau ingat aku beran1

“Hari ni GF teman tengok helmet Hanis Zalikha, g usha kedai Ftgarage,” kongsinya pula di akaun miliknya itu. Disamping kata-kata Achey turut mencuit hati warganet apabila dia juga rupa-rupanya cuak dan tidak beran1 memujuk isteri rakan baiknya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Sama Mahal Harga Sebiji Motor, Hairul Nak Beli Helmet Minta Achey Pula Pujuk Hanis Zalikha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*