Nad Zainal Contohi Norkhiriah. Sudah Lama Pasang Niat Berhijab

PENAMPILAN terbaharu pelakon Nad Zainal dilihat cantik mengenakan hijab menerima pujian peminat.

Menjawab mengenai perkara itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata dia kini sedang belajar menutup avrat dengan sempurna dan memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik terhadap perubahannya itu.

“Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf.

“Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin yang kini sudah tampil bertudung berkata, dia kagum dengan keperibadian Noorkhiriah yang disifatkan mampu menjadi contoh kepada selebriti wanita bertudung lain.

“Saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma tidak tahu bila. Saya perlukan masa, jadi saya harap tolong berikan ruang kepada saya kerana masih ada kerja yang perlu saya habiskan tanpa imej begini (bertudung).

“Apapun, saya sama sekali tidak b1mbang perubahan imej ini (bertudung) akan memberi ke$an kepada kerjaya lakonan saya. Bagi saya, tawaran (berlakon) pasti akan ada.

“Lagipun, saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan. Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak j4hat dengan imej bertudung,” katanya.

Nad berkata, dia memohon agar didoakan yang terbaik buatnya untuk terus istiqamah dengan penampilan bertudung itu memandangkan dia kini masih lagi dalam proses belajar.

“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penampilan terbaharu ini. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,”- ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

 

Sumber: HarianMetro

Be the first to comment on "Nad Zainal Contohi Norkhiriah. Sudah Lama Pasang Niat Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*