‘Pen Merah Pen Biru…’ – Baju Disamakan Macam Ikan Laga, Netizen Buat Neelofa Rasa Terhibur

Seperti ramai yang sedia maklum, Neelofa kini merupakan pengacara program bual bicara terbitan Asto iaitu Next To Neelofa musim kedua yang kebanyakannya menampilkan barisan selebriti wanita tanah air untuk berkongsikan kisah mereka.

Macam ikan laga

Pada episod minggu ini, program itu menampilkan pelakon drama Sweet Dreams iaitu Mira Filzah sebagai tetamu jemputan. Namun, apa yang menjadi perbualan hangat netizen adalah penampilan busana yang dikenakan oleh kedua-dua selebriti tersebut.

Ada netizen yang bergurau dengan mengatakan jubah biru yang digayakan Neelofa manakala Mira pula berwarna mer4h dikatakan sama seperti warna ikan laga.

Kenapa saya nampak gambar ni macam ikan laga? Maafkan saya.

Neelofa terhibur

Gambar mereka berdua yang telah disunting bersama komen mengenai ikan laga itu dimuat naik menerusi akaun Instagram MeleTOP sehingga Neelofa sendiri sempat mengusik peminatnya di posting tersebut.

Pen merah pen biru, you marah i love you.

Bukan itu saja, penyampai radio, Radin yang kelihatan terhibur tidak ketinggalan meninggalkan komen di gambar yang sama.

Komen Neelofa & Radin

Sumber:Instagram @meleTOP

Be the first to comment on "‘Pen Merah Pen Biru…’ – Baju Disamakan Macam Ikan Laga, Netizen Buat Neelofa Rasa Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*