“Comelnya Anak Soleh.” Belanja Berpuluh Hasil ‘Photoshoot’, Anak Uyaina Arshad Ada Peminat Tersendiri

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada awal September lalu. Kehadiran putera dalam kehidupan pasangan selebriti ini tentu sahaja membawa kegembiraan pada mereka.

Pejam celik, anak pasangan ini semakin membesar dengan sangat comel. Uyaina Arshad juga di Instagram per1badinya tidak terlepas dan sporting berkongsikan perkembangan anak lelakinya yang diberi nama, Raja Urhan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Posting Uyaina Arshad terbaharu bagaimanapun berkongsikan puluhan foto anak lelakinya itu kepada umum lalu menerima lebih 50,000 tanda suka. Ujar Uyaina Arshad bahawa dia ingin menyimpan kenangan tersebut di ruangan Instagram peribadinya yang kini telah diikuti 1.8 juta pengikut.

“Simpan sini buat kenangan, Raja Urhan, Baby Mama. Thank you newborn.heartshotfocus for helping us to capture these beautiful moments. Sangat professional! Thank you, again! Tema yang mana paling korang suka,” tulis Uyaina Arshad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)

Tentu sahaja foto-foto dikongsikan Uyaina Arshad itu mendapat perhatian ramai. Apatah lagi, Raja Urhan tidak sahaja bergambar dengan satu tema malah pelbagai tema yang juga dalam pada masa sama mengundang ‘geram’ peminat dengan kecomelannya.

Sekadar info, pelakon drama berjudul Lelaki Kiriman Tuhan ini dan jejaka pilihan hatinya itu disatukan pada tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Comelnya Anak Soleh.” Belanja Berpuluh Hasil ‘Photoshoot’, Anak Uyaina Arshad Ada Peminat Tersendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*