“7 Tahun Habiskan Penyelidikan…,”- Ahmad Idham Berjaya Genggam Ijazah Kedoktoran di UUM

Pelakon dan pengarah Ahmad Idham melahirkan rasa syukur apabila berjaya menggengam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam sebuah majlis istiadat konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.

Jelas Idham, biarpun dirinya sibuk dengan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum 15 (PRU 15) yang menyaksikan dirinya bertanding merebut kerusi Parlimen Port Dickson, namun untuk menghadiri acara konvekesyen adalah juga tanggungjawabnya.

“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol ljazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok.

“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.

“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan.

“Penantian selama hampir 7 tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk ljazah Doktor di dalam bidang pengurusan,” katanya

Ahmad Idham berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

Katanya lagi, dia berharap agar kejayaannya itu dapat menjadi buat anak muda untuk terus menuntut ilmu diperingkat tertinggi.

“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurus tadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.

Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama Cinderella itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya untuk menamatkan pengajian.

“Ilmu merupakan pelita yang membawa manusia keluar daripada gelap kejah1lan.

“Saya mengambil ke$empatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbel4h bahagi.

“Buat para guru, penyelia dan para pendidik yang telah berkongsi ilmu dan mendidik saya selama ini, saya doakan semoga kalian semua dikurniakan rahmat dan maghfirahNya,” akhirinya.

Terdahulu, majlis konvokesyen yang telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berlangsung pada Ahad.

Foto-foto sewaktu majlis konvokesyen turut dikongsikan oleh Ahmad Idham di akaun Instagram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham juga merupakan salah seorang calon parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di parlimen Port Dickson.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Ahmad Idham Mohd Nazri

Be the first to comment on "“7 Tahun Habiskan Penyelidikan…,”- Ahmad Idham Berjaya Genggam Ijazah Kedoktoran di UUM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*